> SBPI Rawang: Lawatan sambil Belajar ke Nasyrul Quran

Selasa, 20 September 2022

Lawatan sambil Belajar ke Nasyrul Quran

 





Lawatan ke Nasyrul Quran melibatkan 40 orang murid tingkatan 4 yang telah khatam hafazan al-Quran. Antara tempat yang dilawati adalah Galeri Mushaf Malaysia, Galeri Mushaf Antarabangsa, Galeri Hiasan Dalaman dan Pusat Percetakan al-Quran.
Murid dapat mengenali latar belakang Yayasan Restu & Nasyrul Quran yang telah menjadi salah satu pusat penyebaran al-Quran di Malaysia. Selain itu, murid juga diterangkan tentang tempoh dan cara pembuatan manuskrip mushaf al-Quran beserta proses pencetakan al-Quran.
















Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP