Bengkel Asas Memanah Tradisional
30/6/2022
𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 telah menganjurkan Bengkel Asas Memanah Tradisional khusus buat semua guru TMUA sebagai persiapan awal sebelum mula melatih dan memantau aktiviti memanah murid tingkatan 1-3 mengikut halaqah yang akan bermula akhir Julai nanti.
Terima kasih diucapkan kepada pengendali bengkel, En. Said Hawa bin Mohd Salleh dan rakan-rakan, selaku jurulatih yang sudi mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman hingga ke peringkat antarabangsa. Semoga kita semua dapat memartabatkan sukan sunnah ini.
Sedikit perkongsian dari jurulatih tentang sukan memanah;
Sebagai pemanah, kita perlukan 4 K, iaitu:
1- Kekuatan
2- Kepantasan
3- Ketenangan
4- Ketepatan