17/6/2022, Bicara Santai Zaadun Nisa' kali ini membicarakan tentang Pengurusan Haid yang disampaikan oleh 4 orang pegawai LPPKN bersama 2 orang guru SEPINTAR.
Moga perkongsian yang sedikit ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar puteri yang hadir.
'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.