Sistem Tanpa Tunai Kad BSN di KOPINTAR
21.1.2021
Alhamdulillah. KOPINTAR telah menjalinkan kerjasama dengan BSN melangkah kehadapan memudahkan sitem transaksi di Kedai KOPINTAR dengan menggunakan sistem tanpa tunai (cashless).
Semua warga SEPINTAR boleh melakukan pembelian di KOPINTAR tanpa tunai dengan menggunakan kad debit/kredit secara paywave atau nombor pin keselamatan.
Tuan Pengetua telah merasmikan pembelian pertama menggunakan kad debit di Kedai KOPINTAR pada hari ini.
Murid-murid boleh membuka akaun dan kad BSN di mana-mana cawangan BSN sebelum sesi persekolahan dibuka dan boleh melakukan pembayaran pembelian di Kedai KOPINTAR dengan menggunakan kad BSN sahaja. Tak perlu pegang tunai dengan banyak lagi di asrama.
Selamat menikmati kemudahan yang ada di KOPINTAR buat semua warga SEPINTAR.