Penyelam Muda SEPINTAR
Ahmad Najmi bin Muhamad Sade, 15 tahun dari Kelas 3 JM, SBP Integrasi Rawang telah melakar sejarah sebagai antara penyelam termuda yang berjaya menyahut cabaran Dive With Shark di Aquaria KLCC. Program tersebut diadakan di Aquaria KLCC pada 20.10.2019 yang lalu.
Penyelam muda ini
merupakan pemegang Open Water Dive Certificate sejak 25.8.2018 dibawah
bimbingan Dive Master Nazrul Azha Abu Hassan. Pengalaman menyelam skuba bersama
6 ekor jerung dari pelbagai jenis telah melayakkan beliau menerima Sijil
Penghargaan dan diiktiraf sebagai “The Biggest Risk Taker-Dive With Shark” oleh Aquaria KLCC.
Ahmad Najmi berhasrat
untuk meneruskan hobi dalam sukan menyelam skuba dan memperolehi Certificate
Dive Master sebelum mencapai usia 18 tahun. SBPI Rawang mengucapkan tahniah
atas kejayaan ini. Semoga ia memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk
menceburi bidang sukan yang diminati demi meningkatkan potensi dan keyakinan
diri.