Program Pelayaran Kapal Laut DiRaja Tunas Samudera 2019 Fasa 1
Ini cerita Pelayaran Rifqi Amsyar bin Khalid Ibnu Walid salah seorang pelajar Sepintar yang mewakili negeri Selangor.
Program ini dinamakan Program Pelayaran Kapal Laut DiRaja Tunas Samudera 2019 Fasa 1.
Pelayaran bermula 31.8.2019 hingga 11.9.2019
Peserta mendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
31.8.2019
6 peserta wakil Negeri Selangor.
Diiringi oleh Pegawai JPN.
Peserta berada di pusat Kokurikulum Lumut mulai 31.8.2019 hingga 2.9.2019. Kemudian peserta baru dibawa belayar di atas Kapal KLD . Pelayaran di laut bermula 3.9.2019 hingga 8.9.2019.
Pelayaran dari Lumut hingga ke Langkawi. Kapal berlabuh di Langkawi pada 8.9.2019. Sepanjang tempoh pelayaran Rifqi Amsyar didedahkan dengan ilmu pelayaran, tugas Tentera Laut, kerja ~ kerja yang perlu dilakukan di atas kapal sepanjang tempoh pelayaran. Sangat menarik Pengalaman itu.
Tidak semua orang berpeluang mengalami pengalaman itu sebagai seorang pelajar.
Kapal KLD Tunas Samudera berlabuh di Langkawi hingga 10.9.2019. 2 hari berada di Langkawi.
Kemudian pada 10.9.2019 kapal teruskan pelayaran balik ke Lumut Perak. Sampai di pelabuhan Lumut Perak pada 11.9.2019.
Semoga ilmu yang perolehi oleh Rifqi Amsyar menambahkan lagi jati dirinya sebagai pemimpin di masa hadapan. Semoga terus cemerlang di masa akan datang. Tahniah Rifqi Amsyar Bin Khalid Ibnu Walid.
Sepintar bangga terhadap Anda kerana telah berjaya mengharungi pelayaran tersebut hingga selesai. Syukur Alhamdullillah.