Kem Kepimpinan Modul Islamic Leadership (I-lead)
Pada 30 Ogos - 1 Sept seramai 79 pelajar Lembaga Kepimpinan murid yang terdiri daripada semua pemimpin pelajar( PP) , wakil Pembimbing rakan Sebaya( (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPSS),Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR) dan AJK SPBT telah menghadiri Kem Kepimpinan mengguna modul Islamic Leadership ( I- lead) yang bertempat di Kem Rimba Bukit Lagong di bawah kendalian Caliph Soul Consultant dan juga komitmen semua guru penasihat sebagai urusetia program.
Objektif Program 3 hari 2 malam ni adalah untuk menerapkan ciri- ciri kepimpinan , melatih peserta bergerak dalam pasukan, melatih kaedah menangani masalah secara profesional ,membentuk disiplin, sahsiah dan akhlak dalam diri setiap pemimpin sekolah.
Antara modul yang diaplikasi dalam kem ini sangat menarik dan bermanfaat untuk diaplikasi oleh pemimpin sekolah . Antara modul yang diterap ialah teambuilding, conflict Managment & Decision Making, Islamic Leadership, Rahsia komunikasi & Pengucapan Awam Memukau, Tip dan Trick Membina pengaruh menggunakan kaedah power talk dan super LDK.
Peserta juga mengikuti aktiviti lasak iaitu jungle tracking bermodul survival Life yang sangat bermanfaat kepada setiap peserta dimana pelajar diberi bahan mentah dan perlu memasak dalam masa yg telah ditetapkan menggunakan bahan- bahan sokongan dari hutan.
Program ini adalah salah satu usaha dalam memberi latihan kepimpinan sebagai usaha Kemenjadian pemimpin yang berkarisma dan pengurusan organisasi yang cekap.
Semoga pemimpin sepintar akan lebih cemerlang .