Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2019
Alhamdulillah selepas 3 minggu program Minggu Silaturrahim (MSR)berlangsung sejak 8 Januari lalu dan minggu pertama berlangsung secara sepenuh masa, MSR melabuhkan tirai dengan berlangsungnya upacara penutupan yang gemilang. Majlis penutupan diserikan dengan kehadiran Penghulu Kelab Tingkatan 1 Encik Nik Nazri dan para pentadbir seperti Pengetua dan Penolong-penolong Kanan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci AlQuran dan diikuti ucapan penghulu murid, kaunselor, penghulu Tingkatan 1 dan perasmian oleh Pengetua Tn Hj Addenan b Osman. Ucapan diselang seli dengan persembahan choral speaking, sketsa, nyanyian, sajak dan pantun oleh murid-murid baru dibimbing oleh Pembimbing Rakan Sebaya. Acara kemuncak program ialah ibu bapa dan hadirin menjamu selera sup kambing dan potluck hasil sumbangan ibu bapa.
Disediakan oleh Esa Abd Samad
kaunselor