Minggu Silaturrahim Murid TMUA Tingkatan 1
Seramai 107 murid-murid baru Sepintar yang mendaftar pada hari Selasa, 8 Januari 2019 amat teruja dengan pengendalian program Minggu Silaturrahim kendalian Unit Kaunseling Sepintar yang bermula sejak 8 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Januari 2019. Minggu Silaturrahim secara sepenuh masa berlangsung sejak 8 hingga 16 Januari dan diikuti program selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dari 17 Januari hingga 31 Januari.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti sesi taklimat penolong-penolong kanan berkaitan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum, taklimat pelbagai unit perkhidmatan, sesi bimbingan kerohanian daripada Badan Dakwah dan Rohani, terapi urutan stress, Modul Future Map, dan Kemahiran Belajar 5 Domain. Urutan stress dan Future Map adalah modul baru diketengahkan dalam minggu silaturrahim kali ini. Pada 19 dan 20 Januari murid-murid dibawa melawat pusat bandar Rawang dan kawasan sekitar seperti stesen KTM dan Pusat Membeli belah Aeon. Program Minggu Silaturrahim dikendalikan oleh kaunselor2 Sepintar iaitu En Esa Abd Samad, Pn Nur Awanis, En Hafiz dan guru2 lain serta Pembimbing Rakan Sebaya.
Laporan oleh Esa Abd Samad Kaunselor Sepintar