Ekspedisi Bukit Broga
31 Ogos 2018, Seramai 48 orang ahli Kelab Geografi di bawah bimbingan guru penasihat Pn Wan Norliza Bt Hamat dan Pn Kasmawati Bt Haron bersama dengan 5 guru pengiring telah berjaya mengibar jalur gemilang di kemuncak Bukit Broga pada pagi 31 Ogos 2018.
Ekspedisi ini berjalan dalam keadaan yang baik walau terpaksa melalui rintangan dan kekuatan fizikal dan mental untuk tiba di kemuncak.Semua peserta teruja melihat keindahan alam dari kemuncak , ditambah dengan udara sejuk yang menyamankan setiap pengunjung yang datang ke sini.Ekspedisi ini menambah rasa syukur kami kepada kebesaran Allah Swt.