Sabtu, 25 Februari 2017
Jumaat, 17 Februari 2017
Kejohanan Ragbi MSS Selangor 2017
13-16 Februari 2017, Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Selangor peringkat Negeri telah berlangsung di SMAP Kajang dengan penyertaan semua daerah di Selangor. 2 orang pemain SEPINTAR iaitu Muhammad Zahim Haqqi Khamizon dan Muhammad Aiman Haikal Yahya telah terpilih menyertai pasukan Gombak ke Kejohanan ini. Keputusan penuh Kejohanan menyaksikan Pasukan Gombak berjaya muncul sebagai Naib Johan Ragbi (Cup). Tahniah dan syabas kepada pasukan Gombak.
Posted by Amir at11:07 PG
Labels:Kokurikulum
Khamis, 16 Februari 2017
Pertandingan Running Math MSU
15 Februari 2017, SEPINTAR telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Running Math anjuran MSU, Shah Alam. Pertandingan peringkat kebangsaan ini disertai oleh 56 buah sekolah dari Selangor, Perak, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pada pertandingan ini, Arif Daniel bin Mohd Ijhar telah berjaya mendapat Gold Medal.
Posted by Amir at9:26 PG
Labels:Kokurikulum
Sabtu, 11 Februari 2017
Mesyuarat Agung PIBG
Jumaat, 10 Februari 2017
Majlis Pelancaran STEP, Tabung Bencana Acheh dan Jom ke Sekolah
10 Februari 2017, Majlis yang diadakan di Dewan Al-Aqsa telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.
Posted by Unknown at9:55 PTG
Labels:Akademik,Kokurikulum
Ahad, 5 Februari 2017
Kuliah Maghrib "Ibrah Nabi Musa dan Khidr dari Surah al-Kahf"
4 Februari 2017, BADAR, JK Masjid dan Bidang Pendidikan Islam SBPI Rawang telah menganjurkan kuliah Maghrib untuk warga SEPINTAR disampaikan oleh Dr. Aqtar Mohamed bin Ummar.
Posted by Amir at10:36 PTG
Labels:Akademik,Hal Ehwal Murid
Sabtu, 4 Februari 2017
Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan
Pada 4 Februari 2017 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan bertempat di Dewan Al-Aqsa dengan kerjasama pensyarah Management &Science University (MSU).Program ini disertai seramai 172 orang murid tingkatan 3 dan 5. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid bahawa betapa besar potensi yang ada pada dirinya untuk mencapai kecemerlangan di samping memberi motivasi dan semangat dalam meneruskan perjuangan belajar. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Semoga dengan program ini mampu menjadi pengukuh kepada motivasi murid untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu dan pengetahuan sahajalah yang dapat merealisasikan hasrat diri untuk berada bersama-sama orang cemerlang dalam dunia realiti yang sebenar.
Posted by Amir at5:47 PTG
Labels:Hal Ehwal Murid
Langgan:
Catatan (Atom)