Sambutan Malam Kemerdekaan
30 Ogos 2016, Sambutan pada tahun ini bermula selepas solat maghrib dengan bacaan yasin dan tahlil untuk pejuang kemerdekaan di Masjid Al-Qadisiah. Selepas Isyak, sedikit tayangan video dan ceramah "Kemerdekaan Dari Perspektif Islam" telah disampaikan. Sambutan telah dirasmikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Penutup sambutan, semua hadirin disajikan dengan hidangan ubi kayu rebus dan bihun sup di Dewan Makan. Semoga dengan sambutan ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan menanam rasa bersyukur di atas keamanan yang dikecapi.