25 Jun 2016, SEPINTAR telah mengadakan Iftar Jamaei dihadiri oleh semua warga SEPINTAR serta ibubapa murid-murid. Pada tahun ini, Iftar diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Al-Aqsa, Bilik Seminar dan Dewan Makan. Kehadiran pada tahun ini amat membanggakan dan ramai juga yang membawa juadah tambahan disamping menu utama iaitu nasi beriani.