Karnival Dakwah Bidang Pendidikan Islam
3 Mei 2016, Bidang Pendidikan Islam telah mengadakan perasmian Karnival Dakwah bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Objektif penganjuran kali ini adalah untuk mewujudkan budaya Islam yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia. Bulan dakwah juga diajurkan bagi menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan stiar islam dapat dihayati bersama.