Latihan Pengungsian Bangunan Asrama SEPINTAR
23 Ogos 2015, Latihan Pengungsian Bangunan atau 'Fire Drill' merupakan aktiviti yang perlu dilakukan di setiap premis bagi memastikan penghuni bersedia dan awas sekiranya berlaku kecemasan. Latihan peringkat asrama telah berjaya dijalankan bermula jam 3.30 pagi dengan siren dibunyikan selama 5 minit. Selepas masa tamat, bilangan yang terselamat dan tidak terselamat dikira serta direkodkan. Semua penghuni kemudiannya berkumpul di depan masjid bagi mendengar taklimat dari En Adi Muhaimin, Pegawai Latihan dari Balai Bomba Batu Arang. Latihan ini mendapat kerjasama dari Anggota Bomba Batu Arang bersama Tn Aminudin Derani selaku Penyelia Latihan. Semua murid bersurai tepat jam 4.15 pagi dan latihan kali ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.