Latihan Pengungsian Bangunan Blok Akademik
26 Ogos 2015, JK Keselamatan SEPINTAR di bawah Unit HEM telah berjaya menjalankan Latihan Pengungsian Bangunan Blok Akademik bermula jam 1 petang melibatkan semua warga SEPINTAR. Tn Misnan Ismail, Pegawai Penyelia Latihan Balai Bomba Batu Arang telah hadir bersama 7 anggota untuk mengendalikan latihan ini. Demonstrasi memadam kebakaran turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga SEPINTAR langkah pencegahan kebakaran yang berkesan. Beberapa orang guru dan murid diberi peluang untuk memadamkan kebakaran di Dataran Raudhah. Pihak SEPINTAR mengucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar yang ditunjukkan oleh pihak Bomba Batu Arang.