Program Cabaran Interaktif Pengguna
26 Februari 2015, SEPINTAR telah menghantar empat orang wakil bagi menyertai program yang diadakan di Nur laman Bestari, Hutan Lipur Sg.Tua, Jln Ulu Yam.
Cabaran Interakftif Pengguna (CIP) merupakan program tahunan anjuran Kemententerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Objektif
program ini adalah untuk mendidik, menyebarluas program/ aktiviti kepenggunaan
dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar melalui pendekatan
baharu yang bersepadu. Selain itu dapat memantapkan perlaksanaan
program/aktiviti kepenggunaan dengan focus utama berkaitan kepenggunaan iaitu
pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan pemeliharaan alam sekitar.
Dengan
aktiviti ini pelajar Sepintar dapat mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan
potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan. Setelah selesai Cabaran Interaktif Pengguna
ini, pelajar Sepintar yang menyertai dinobatkan sebagai tempat ketiga daripada
16 buah sekolah yang menyertai program ini.