Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Ketiga
14 Disember 2014, Kursus yang telah tiba ke hari terakhir berjalan mengikut jadual yang dirancang. Slot pagi diisi dengan perbincangan dan perkongsian sesi Team Teaching dan Lesson Study yang telah dijalankan oleh En Suhaimi dan Pn Azarina untuk matapelajaran Sejarah. Seterusnya, Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR menyampaikan taklimat berkenaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang akan dijalankan di SEPINTAR pada tahun hadapan. Taklimat ini sedikit sebanyak memberi gambaran berkenaan TMUA kepada warga pendidik SEPINTAR. Sebagai penutup, slot rumusan program dan penyampaian hadiah dijalankan. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna kepada semua peserta.