Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Kedua
13 Disember 2014, Hari kedua Kursus berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti diadakan. Pada sebelah pagi Bengkel PLC diteruskan lagi dengan perbincangan dalam kumpulan. Sesi diteruskan dengan ceramah tentang perkongsian pengalaman mengendalikan Team Teaching dan PLC di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya oleh Pengetua sekolah berkenaan, Tuan Azmi bin Misran. Beliau adalah pengetua yang sangat berpengalaman luas dalam pendidikan dengan pengalaman mengajar selama 28 tahun di beberapa sekolah dan juga di Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pendidikan, selain menulis beberapa buah buku dan modul. Beliau telah mempelopori pelaksanaan PLC di SMK Raja Muda Musa dan ternyata memberikan impak positif terhadap peningkatan prestasi murid dalam peperiksaan. Dalam menyampaikan perkongsian tentang PLC, beliau dibantu oleh Penolong Kanan 1, SMK Raja Muda Musa, En Abd Halim bin Omar.
Pada sebelah petang dan malam, sesi diteruskan dengan pembentangan kumpulan berasaskan panitia-panitia akademik tentang rancangan dan proses pelaksanaan TLC di sekolah pada tahun hadapan. Selepas pembentangan, Pemudahcara Kursus PLC, En Mohd Zamri bin Abu Zarin dan Pengetua, memberikan ulasan-ulasan dan kritikan untuk penambahbaikan bersama para peserta kursus.