Hari Bahasa Antarabangsa
23 Ogos 2014, Bidang Bahasa telah menganjurkan Hari Bahasa Antarabangsa melibatkan bahasa Jepun, Perancis dan Korea. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi - 4.00 petang di sekitar SEPINTAR. Aktiviti Bahasa Jepun adalah Explorace, Pertandingan Koir, Origami dan Lukisan Komik. Aktiviti Bahasa Perancis pula terdiri daripada Pétanque, Maître de conjugaison, Nommer les objets, Mereka komik, Virelangues dan Public Speaking. Manakala Bahasa Korea pula mengadakan aktiviti Koir, Mereka Design T-Shirt dan Memasak Makanan Korea. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat menyemarakkan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di kalangan pelajar SEPINTAR.