Majlis Iftar Jamaei 2014
22 Julai 2014, SEPINTAR telah mengadakan dengan jayanya salah satu program tetap tahunan di bulan Ramadhan iaitu Majlis Iftar Jamaei. Semua ibubapa pelajar dijemput sama menghadiri majlis ini dan sambutan kehadiran adalah amat menggalakkan. Ibubapa yang hadir telah turut sama membawa makanan tambahan untuk mempelbagaikan lagi juadah dimana menu utama disediakan oleh pihak sekolah. Pendaftaran tetamu diadakan di Masjid Al-Qadisiah seawal jam 6.30 petang dan hadirin serta pelajar dibekalkan dengan 3 biji kurma serta 1 botol air mineral. Sedikit pengisian serta bacaan tahlil dijalankan sementara menanti waktu berbuka puasa.