Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Kepimpinan Pelajar 2014
13 Januari 2014, Di dalam Islam, kepimpinan merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan dengan sebaiknya. Ia bukanlah sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang tetapi ia adalah tanggungjawab. Justeru kepimpinan tidak sewajarnya direbut dan dikejar kerana ia boleh membawa kepada kehancuran sekiranya jawatan kepimpinan tersebut menjadi punca pengumpul harta kekayaan dan mendapatkan nama serta kedudukan. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai dalam melatih pelajar kearah menjadi pemimpin yang amanah dan berwibawa. SEPINTAR pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Kepimpinan Pelajar 2014 sebagai pengiktirafan sebagai orang yang memikul amanah dan tanggungjawab membantu pihak sekolah. Majl;is telah disempurnakan dengan kehadiran Insp. Farouq Fakhzan Mohd Nordin, Pegawai Ibupejabat Polis Daerah Gombak.