Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Mesyuarat Guru Sesi 2013

Imej
 26-27 Disember 2012, Mesyuarat yang diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat dihadiri oleh semua guru bagi membincangkan serta menerangkan perancangan serta sasaran SEPINTAR untuk tahun 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK Pentadbiran SEPINTAR yang merupakan Pemangku Pengetua.

Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2012

Imej
19 Disember 2012, Seramai 40 orang calon PMR 2012 SEPINTAR telah berjaya memperolehi keputusan 9A untuk semua mata pelajaran yang diambil. Keputusan ini membanggakan pihak sekolah dan ibubapa yang hadir pada hari ini.

Senarai Keperluan Pelajar 2013

Bagi menghadapi sesi persekolahan yang baru pada tahun hadapan, pihak SEPINTAR menyediakan senarai keperluan diri dan buku pelajar untuk rujukan ibubapa serta pelajar SEPINTAR khasnya. Sila klik dan muat turun pautan dibawah. Harap maklum...

Latihan Pasukan The Dribblers di Kuala Lumpur

Imej
 28-29 November 2012, Pasukan The Dribblers telah menyertai latihan yang dikelolakan oleh jurulatih luar bertempat di SK Cochrane. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pemain dan menambah pengalaman pemain. Pelbagai teknik serta kemahiran telah ditunjukkan kepada pemain dan diharapkan ini dapat meningkatkan mutu permainan peserta. Program ini berjalan lancar walaupun hujan lebat pada lewat petang.