Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Lawatan Penanda Aras JK PBS di SK Tmn Putra Perdana

Imej
 23 Mei 2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sistem penilaian pelajar yang baru diperkenalkan untuk digunapakai di semua sekolah di Malaysia. Oleh kerana sistem ini masih baru, adalah penting bagi kami melihat sendiri pelaksanaannya di sekolah rintis projek ini. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Siti Habsah Ahmad, Penolong Kanan SK Tmn Putra Perdana. Selepas taklimat ahli rombongan telah dibawa melawat ke bilik Operasi PBS Sekolah. Pelbagai ilmu telah ditimba sepanjang lawatan kami dan ini menambah keyakinan ahli dalam melaksanakan PBS di SEPINTAR. Terima kasih kepada SK Tmn Putra Perdana yang telah sudi menerima kunjungan kami. 

Jamuan Kelab Guru dan Kakitangan 2012

Imej
 18 May 2012, Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR telah mengadakan majlis jamuan bagi meraikan ahli-ahli yang akan menunaikan ibadah umrah serta merapatkan hubungan ahli-ahli. Menu nasi arab telah disajikan kepada semua yang hadir. Kelab Guru dan Kakitangan mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Ini juga merupakan majlis pertama yang dianjurkan oleh Kelab dibawah  pimpinan baru.

Selamat Hari Guru 2012

Imej
Hari Guru  di  Malaysia  disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para  guru . Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai  Laporan Razak  ( Razak  Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Tema Hari Guru 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1975 Guru dan Pembangunan Negara 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1981 ...

Jadual Perkampungan Ilmu PMR & SPM 2012

Sila Klik Ikon di atas untuk View atau Download fail Jadual Perkampungan Ilmu.

Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Pendidikan Islam

Imej
2 May 2012, Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa bagi sempena Bulan Pendidikan Islam yang telah berlangsung.

Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

Imej
26 - 29 April 2012, SBPI Rawang telah menghantar 4 orang pelajar ke Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2012 bertempat  di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Peserta SEPINTAR telah memenangi  Anugerah Gold Prize bagi Ciptaan Semburan Semulajadi Elygiary dan mendapat Anugerah Bronze Prize bagi Projek MyMics. Tahniah dan syabas kepada Pn Khairul Kamariah bt Aziz dan Pn Sakinah Yusoff selaku pembimbing dan semua guru yang memberi sumbangan dalam kejayaan ini.