Makan Malam Hari Keluarga SEPINTAR 2010
Majlis yang diadakan di Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram pada 16 Oktober 2010 ini di hadiri warga SEPINTAR serta keluarga. Jamuan ini bertujuan merapatkan hubungan warga SEPINTAR serta meraikan ahli keluarga masing-masing. Semua tetamu disajikan pelbagai hidangan dan diselangi ucapan serta penyampaian hadiah. Sessi cabutan bertuah juga tambah memeriahkan suasana majlis dengan hadiah serta hamper dari Kelab Guru dan Staf, Koperasi SEPINTAR, Pengusaha Kantin SEPINTAR dan sumbangan individu. Majlis ini mencapai sasaran dengan kehadiran hampir 80 keluarga.