Pelancaran Jati Diri dan Kempen 4S
Pada pagi ini bertempat di Dewan Al-Aqsa, Program Jati Diri dan Kempen SEPINTAR telah dirasmikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long. Antara objektif Program Jati Diri adalah memahami dan menghayati falsafah, visi dan misi SBP bagi mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Ia juga untuk melahirkan pelajar yang sentiasa mempunyai daya saing, berdisiplin, berdikari dan menangani cabaran semasa secara bijaksana. Program yang dijalankan terbahagi kepada 4 iaitu Personaliti Diri Pelajar, Ketahanan Diri, Kemantapan Kerohanian dan Budi Bahasa Budaya Kita. Kempen 4S yang bermaksud Senyum, Salam, Santun dan Smart adalah bagi menyokong Program Jati Diri ini.