Kursus Perkembangan Staf ke-1 bersama Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid
Seluruh warga pendidik dan staf SEPINTAR merasa bertuah kerana dapat bersama dengan seorang yang begitu istimewa untuk Kursus Perkembangan Staf kali-1. Beliau yang dimaksudkan adalah Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid yang merupakan Timbalan Naib Canselor INTI Lavreate International Unversities. Kursus ini diadakan pada 27 Februari 2010 bertempat di Tasik Puteri Golf and Country Club dihadiri oleh Tn Haji Zulkifli Baharom, YDP PIBG, Barisan Pentadbir, Warga Pendidik dan Barisan Staf SEPINTAR. Kursus yang lebih kepada perkongsian ilmu ini di bawah tajuk Inovasi.