Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4
Pada 7 Februari yang lepas telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 bagi menandakan tamatnya Program Silaturrahim T4. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan dihadiri Pn Maimunah, guru-guru dan pelajar. Program ini bermatlamat supaya semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri, mengawal emosi dan dapat menyelesaikan masalah melalui saluran yang betul untuk kekal menjadi pelajar SEPINTAR yang aktif, cergas dan berwibawa. Memetik kata Tuan Pengetua dalam ucapan beliau, selepas dari hari ini tiada lagi istilah pelajar tingkatan 4 baru dan semua akan dilayan sama sahaja.
Pelbagai tema persembahan telah ditonjolkan antaranya sketsa, debat dan nasyid. Persembahan-persembahan ini dilihat dapat menambahkan keserasian semua pelajar tingkatan 4.
Barisan juri yang mengadili persembahan pelajar kelihatan ceria dan bersemangat.
Tuan Pengetua berbesar hati menyampaikan hadiah berbentuk hamper kepada pemenang-pemenang.