Pengurusan Hal Ehwal Murid SEPINTAR
Misi Sekolah Berasrama Penuh ialah sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Sejajar dengan visi SBP 'Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia' dan matlamat SBP menerusi Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015, kecemerlangan pengurusan murid hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:
- Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar
- Kes salah laku adalah sifar
- Sistem Rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan
- Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama
- Dewan Makan menepati piawaian Kualiti Dewan Makan SBP
- Program Jati Diri mencapai matlamat yang ditetapkan
- Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun
- Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun demi tahun
Sejajar dengan hasrat tersebut, fokus pengurusan Hal Ehwal Murid adalah:
- Menjana pelajar menjadi pemimpin yang berketrampilan selaras dengan visi SBP melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia' menerusi program-program kepimpinan dan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu jawatan sama ada di sekolah, kokurikulum dan asrama.
- Mewujudkan suasana asrama yang selesa dan kondusif ke arah menjadi asrama terbilang.
- Mengurangkan kes-kes disiplin dengan mewujudkan program-program bagi pelajar yang bermasalah.
- Memantapkan program jati diri dan sistem rumah.
- Mengurangkan permohonan murid keluar sekolah.