Kokurikulum
Pendahuluan
Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.
Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.
Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah
Kokurikulum di Sepintar adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul "towering personality" serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara dan dunia.
Visi
Membentuk pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality) yang mempunyai kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjadi pemimpin negara dunia masa hadapan.
Misi
Unit kokurikulum Sepintar berusaha merancang, menyusun, melaksana, memantau dan menambah baik program-program yang berfokuskan kepada pembentukan pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality); bakal pemimpin negara dan dunia masa hadapan, berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
- Memantapkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan bercakap di khalayak ramai melalui aktiviti-aktiviti bahas, debat, syarahan, sudut pidato, pembentangan hasil kerja dan seumpamanya.
- Memantapkan keupayaan membuat kerja dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti-aktiviti luaran anjuran persatuan dan unit beruniform seperti perkhemahan serta program-program keceriaan.
- Menyemai bakat kepimpinan pelajar dengan cara melibatkan mereka semaksima mungkin dalam pengurusan aktiviti kelab dan persatuan dan guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan penasihat.
- Memupuk semangat juang dan tidak mudah mengalah melalui aktiviti sukan dan permainan serta sistem rumah.
- Menanam budaya berdisiplin dan berakhlak melalui aktiviti-aktiviti kawat dan kerohanian.
- Bahagian kokurikulum juga mempunyai matlamat untuk mencari dan mengenalpasti pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat-peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui aktiviti dan pertandingan yang mereka ceburi seperti pertandingan rekacipta, robofest, kuiz sains nasional, video in education, MTQ, ragbi, bahas Piala Perdana Menteri, perkhemahan unit-unit beruniform peringkat kebangsaan dan sebagainya.